<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Tuesday, August 10, 2004
Tajuk :Murah rezeki, kesempurnaan diri sbg seorg muslim..

Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :
http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=1942

=============================================================
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana diatelah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk
bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia danakhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :" Tanyalah apa yang engkau kehendaki"

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( darihadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi
orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin(baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan makae ngkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan(kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidakdiketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin:" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.... "Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah

Mudah-mudaham bermanafaat untuk saya dan kita semua,sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana saya insan yang lemah.

Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu KeranaYang SATU...Islam itu indah...

# oleh - farhan | jam - 1:38 AM
How should a Muslimah treat her sisters in Islam? 
How should a Muslimah treat her sisters in Islam?
1. She loves them for the sake of Allah :

This is a love untainted by any worldly interests or ulterior motives.
True sisterly love is a relationship whose purity is derived from the
light of Islamic guidance (Dr. Muhammad A. al-Hashimi). It is a bond
that links a Muslims to her sister regardless of geographical origins,
ethnicity, skin color, hair form, eye shape, or language. (It is) a bond
based upon faith in Allah (subhaanahu wa ta'aala) Who is greater than
all our little petty divisions. "The Believers are but a single
brotherhood.." [Al-Hujuraat 49:10]

A love which is an expression of the sweetness of faith: "There are
three things that whoever attains them will find the sweetness of faith:
if Allah and His Messenger (sallallahu 'alaihi wa sallam)are dearer to
him than anyone else; if he loves a person solely for the sake of Allah;
if he would hate to return to kufr after Allah has rescued him from it,
as much as he would hate be thrown into the Fire." [Al-Bukhari and
Muslim]

So this is not love for the sake of status, notoriety, or fame. It is a
love that requires a clean heart, a light heart, a soft and pliable
heart.

In the hadeeth of Mu'adh reported by at-Tirmidhi, the Prophet
(sallallahu 'alaihi wa sallam) said: "Allah said: 'Those who love one another
for My glory, will have minbars of light, and the Prophets and martyrs
will wish that they had the same" [hasan saheeh hadeeth]

This kind of love is the only way to eliminate hatred, jealousy, and
rivalry from peoples hearts.

2. She shows them kindness, faithfulness, and equity :
The importance of kindness is mentioned hundreds of times in the
Qur'aan! Islam instills in its followers the characteristic of kindness and
faithfulness towards one's friends, including the parents of one's
friends. The seerah is filled with examples of kindness and faithfulness
among the early believers. If you remember the story concerning our mother
'Aaisha (radiallahu 'anhaa) who used to become upset with Rasoolullah
(sallallahu 'alaihi wa sallam) because he used to extend himself to the
friends of his late first wife, Khadijah (radiallahu 'anhaa). He
(sallallahu 'alaihi wa sallam) spoke highly of Khadijah (radiallahu 'anhaa)
and sometimes he would slaughter a sheep and send a large portion to
Khadijah's friends.

3. She meets them with a warm, friendly, smiling face :
In Muslim it is reported our beloved Prophet (sallallahu 'alaihi wa
sallam) said: "Do not think little of any good deed, even if it is just
greeting your brother with a cheerful countenance."

The act of smiling actually stimulates the secretion of certain
chemicals (endorphins) that increase our sense of well-being.

"Your smiling at your brother is an act of charity (sadaqah)" [reported
by at-Tirmidhi who said it is hasan gharib)

4. She is sincere towards them
Sincerity is one of the most basic principles of Islam and a central
foundation of the faith. Without sincerity, a sister's faith is invalid
and her Islam is worthless. When the first believers gave allegiance
(bay'ah) to the Prophet (sallallahu 'alaihi wa sallam), they pledged their
sincerity. This is confirmed by the statement of Jarir ibn 'Abdullah
(radiallahu 'anhu): "I gave allegiance to the Prophet (sallallahu 'alaihi
wa sallam) and pledged to observe regular prayer, to pay zakat and to
be sincere towards every Muslim." [Agreed upon]

Furthermore, our beloved Prophet (sallallahu 'alaihi wa sallam) said:
"None of you truly believes until he likes for his brother what he likes
for himself" [Agreed upon] It is impossible to do this without
sincerity.

5. She does not forsake or abandon her sister(s) :
The religion that calls for love, continued contact, and mutual
affection is also the religion (Islam) that has forbidden sisters in faith to
hate or abandon one another. It is reported by al-Bukhari in al-Adab
al-Mufrad: "No two people who love one another for the sake of Allah, or
for the sake of Islam, will let the first minor offense of either of
them come between them."

This hadith and others tell us that prolonged estrangement from our
sister is not acceptable. The longer the estrangement lasts (3 days or
more) the greater the sin and the more severe is the punishment that will
befall the two who are split by the dispute. Reconciliation among
sisters-in-Islam is encouraged and the better of the two (disputing)
Muslimahs is the first to give salaam. The Prophet (sallallahu 'alaihi wa
sallam) said: "There should be no breaking off of ties, no turning away
from one another, no hating one another, and no envying one another. Be
brothers, as Allah has commanded you." [Muslim]

The great Sahabi Abu Darda (radiallahu 'anhu) used to say: "Shall I not
tell you about something that is better for you than charity and
fasting? Reconcile between your brothers, for hatred diminishes reward."
(reported by al-Bukhari in Ad-Adab al-Mufrad)

6. She is tolerant and forgiving towards them :
Sometimes it seems so easy to become angry with our sisters in Islam
about just about anything. However, the true Muslim restrains her anger
and is quick to forgive her sister, and does not see any shame in doing
so. Rather, she recognizes this as a good dead that can bring her
closer to Allah and earn her His love which He bestows only on those who do
good:

".[those] who restrain anger and pardon (all) men - for Allah loves
those who do good." [Al-'Imran 3:134]

7. She does not gossip about or backbite them :
The believing woman does not gossip about or backbite her sisters in
Islam. She knows that gossip is haraam as the Qur'an says:

".. Nor speak ill of each other behind their backs. Would any of you
like to eat the flesh of his dead brother? Nay, you would abhor it. But
fear Allah: for Allah is Oft-Returning, Most Merciful." [al-Hujuraat
49:12]

The believing woman restrains her tongue and speaks only good of her
sister, remembering the words of the Prophet (sallallahu 'alaihi wa
sallam): "Do you know what gossip is? They said, 'Allah and His Messenger
know best.' He said, 'It is your saying about your brother something
which he dislikes." He was asked, 'What do you think if what I say about my
brother is true?' He said, 'If it is true then you have gossiped about
him and if it not true then you have slandered him." [Muslim]

Being two-faced is an aspect of this. In fact the two-faced person is
regarded as being one of the worst people in the sight of Allah. Our
beloved Prophet (sallallahu 'alaihi wa sallam) said: "You will find among
the worst people in the sight of Allah on the Day of Resurrection, the
one who is two-faced, who approaches some people in one way and others
in another." [al-Bukhari & Muslim]

8. She avoids arguing with them, making hurtful jokes, and breaking
promises :
It is reported by al-Bukhari in al-Adab al-Mufrad that our Prophet
(sallallahu 'alaihi wa sallam) said: "Do not argue with your brother, do
not joke excessively with him, do not make a promise to him then break
it."

Arguing leads to further misunderstanding, rigidity, and is an easy
opening for Iblis (Shaitan); hurtful jokes often lead to hatred and loss
of respect; and breaking promises upset people and destroys love. We
need to learn to be able to "back off" to not have the final say, to
sometimes just "agree to disagree" until the matter can be resolved by
someone with more knowledge. The kind of posturing and gesticulation that
poisons so many disagreements is leftover jahl (ignorance). We need to
run away from this.

9. She is generous and self-sacrificing :
The Muslimah prefers friendship with a Muslim over the non-Muslim. The
bond of common belief forms the foundation for generosity, a basic
Islamic characteristic. We are entreated by Allah (subhaanahu wa ta'aalaa)
to be

". lowly [or humble] with the believers, mighty against the kafirun ."
[al-Maidah 5:54]

10. She prays for her sisters in their absence :
The sincere Muslimah who truly likes for her sister what she likes for
herself does not forget to pray for her sister in her absence. This is
a practical demonstration of sisterly love and care. A sincere, pure
prayer of this kind is the kind most quickly answered. It is reported by
al-Bukhari in al-Adab al-Mufrad that "The quickest prayer to be
answered is a man's supplication for his brother in his absence."

11. She encourages her sisters in all that is pleasing to Allah

Article by : Sister Fatimah L.C. Jackson
Taken from : Alharamin.org Newsletter
http://www.muslimsister.com/2595/1410.html

# oleh - farhan | jam - 1:22 AM
Sunday, August 08, 2004
Hak-Hak Dan Kewajipan Dalam Bersahabat 
1.Membantu sahabat dengan harta benda dikala ia
kesulitan.

2.Memberi pertolongan dengan tenaga denga segera,baik
diminta mahupun tidak.

3. Menyimpan rahsia sahbat,menutupi aibnya dan tidak
menyampai celaan orang lain kepada sahabat itu
sekiranya hal itu akan membuatnya menderita.

4. Menyampaikan pujian orang kepada sahabat.

5. Mendengarkan apa yang dikatakan sahabat dengan baik
dan tidak mencurigainya.

6.Memanggil sahabat dengan panggilan yang paling
disukainya.

7. Memberi pujian atas kebaikkan 2 sahabat dan
mengucapkan terima kasih atas pemberian atau
kebaikannya.

8. Kalau diminta mengumpat,janganlah mahu seperti dia
menolak umpatan keatas dirinya sendiri.

9. Ketika sahabat memerlukan nasihat,berilah nasihat
dengan cara yang paling bijaksana.

10. Maafkanlah kesalahan sahabat dan jangan mencaci
makinya.

11. Mendoakannya baik ketika hidup mahupun sesudah
mati.

12. Menggauli putera-puteri sahabat dan kaum
kerabatnya dengan cara baik.

13. Jangan memberatkan sahabat dalam urusan apapun
agar tidak menyusahkan hatinya.

14. Perlihatkan pada sahabat hal2 yang boleh
menggembirakannya, nampakkanlah keprihatinan atas apa
yang menjadi keprihatinan sahabat.

15. Ketika bertemu hendaklah memberi salam terlebih
dahulu.

16.Ketika duduk bersama,berilah ia tempat duduk yang
lebih baik dan kamu mengalah darinya.

17. Hantarkanlah ia ketika tetamu hendak pulang.

18. Janganlah memotong perbicaraannya,dengarlah sampai
perbicaraannya selesai.

# oleh - acah | jam - 9:59 PM
Friday, August 06, 2004
Molekul Air Zam Zam 
Assalamualaikum Penemuan ini sungguh menakjubkan dan patut dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik.

Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.

Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya". Wassalam.

Sumber: Email

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 11:32 PM
Thursday, August 05, 2004
Who are u? 
Siapakah orang yang sombong ?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alamin,Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan di langit pada Tuhannya kecuali jindan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya ?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat – ayat al – Quran, hadis dan cerita – cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa- apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang yang dungu otaknya ?
Orang yang dungu otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat ?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah ?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil ?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w
Siapakah orang yang buta ?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran al – Quran dan tidakmahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli ?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah – olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya ?orang yang mempunyai senyuman manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, “ Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,” Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuan – Mu ini.”
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara ?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang – orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.
Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk – numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai ?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap – siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Siapakah orang yang bodoh ?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria – ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya ?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang – orang yang sentiasa mempertingkat agamanya.
Siapakah orang yang mundur hidupnya ?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu.
Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal – amal kebaikan.
Siapakah orang yang selalu ditipu ?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya kepada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang akhlak baik.
Siapakah orang yang mempunyai akal ?Orang yang mempunyai akal adalah orang – orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.





# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 8:24 PM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • August 2004
  • September 2004
  • November 2004
  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • April 2005
  • July 2005
  • December 2005
  • June 2006
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon