<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Wednesday, December 29, 2004
Pada suatu yang ditetapkan 
Pada suatu masa yang ditetapkan... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian.. Di arak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat.. Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa... Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka (segala yang baik itu dari ALLAH...dan yg buruk itu dari DIRIKU..)




Dipetik dari www.ukhwah.com

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 2:01 PM
Friday, December 03, 2004
Perkara yang membuatkan kita susah 
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat. 2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. 3. makan atas pinggan yang terbalik. 4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri. 5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. 6.berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. 7. suka bersandar pada pintu rumah. 8. suka duduk di atas tangga. 9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. 10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. 11. tidak membersihkan rumah. 12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. 13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. 14. suka tidur di atas muka.15. membakar kulit bawang. 16. menjahit baju yang sedang dipakai.17. mengelap muka dengan baju. 18. berdiri sambil bercekak pinggang.19. tidur tidak memakai baju.20. makan sebelum mandi hadas.21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. 22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.23. lambat pulang dari masjid.24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. 25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. 26. suka memadam pelita dengan nafas.27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.28. membasuh kaki dengan tangan kanan.29. membuang air kecil pada air yang mengalir.30. memakai seluar sambil berdiri.31. memakai serban sambil duduk.32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. 33. makan dengan menggunakan dua jari.34. berjalan di antara kambing.35. berjalan di antara dua perempuan.36. suka mempermainkan janggut.37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. 38. meletakkan tapak tangan pada hidung.39. suka menggigit kuku dengan mulut.40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. 42. menguap ketika solat.43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 7:00 PM
Wednesday, December 01, 2004
Hatimu ibarat rumah 
Ada 3 jenis rumah, pertama : rumah raja – di dalamnya ada simpanannya, tabungannya serta perhiasannnya. Kedua : rumah hamba – di dalamnya ada simpanan, tabungan dan perhiasan tidak seperti yang dimiliki seorang raja. Dan ketiga : adalah rumah kosong – tidak ada isinya.
Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya ?
Apabila anda menjawab, pencuri akan masuk rumah yang kosong, tentu ia merupakan satu hal yang tidak masuk akal, kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicurinya.
Sebab itulah dikatakan kepada Ibnu Abas Radhiallhu’anhu , bahwa ada orang – orang yahudi mengatakan bahawa di dalam solat, mereka ‘ tidak pernah terganggu ‘. Maka Ibnu Abbas berkata : Apakah yang boleh dikerjakan oleh syaitan dalam rumah yang sudah rosak?”
Bila jawapan anda adalah, “ Pencuri itu akan masuk rumah raja.” Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hamper mustahil, kerana tentunya rumah raja dijaga oleh pengawal dan tentera, sehingga pencuri tidak mungkin mendekatinya.
Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para pengawal dan tentera sentiasa siap sedia di sekitar raja ?
Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang – orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik – baiknya, dan menganologikan ( rumah ) dengan hati, kerana inilah yang dimaksudkannya.
Hati yang kosong dari kebajikan, iaitu hati orang – orang kafir dan munafik, adalah rumah syaitan yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada di dalamnya hanyalah peninggalan syaitan, simpanannya dan ganguannya ( rumah ketiga ) ?
Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah s.w.t dan keagungan Nya , penuh dengan kecintaan Nya dan sentiasa dalam penjagaan Nya dan selalu malu dariya, apa yang akan dicurinya ( rumah pertama ) ?
Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah, mencintaiNya dan beriman kepada Nya serta membenarkan janji Nya, namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik hati. Hati ini ada di antara dua hal. Kadang – kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma’rifah dan kecintaan kepada Allah semata – mata, dan kadang – kadang condong kepada panggilan syaitan, hawa nafsu dan tabiat tercela ( rumah kedua ).
Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolongan Nya kepada yang dikehendaki Nya. “ Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Al Imran : 126
Syaitan tidak boleh menganggunya kecuali dengan senjata yang dimilkinya, yang dengannya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata – senjatanya yang berupa syahwat, syubhat, khaylan – khayalan dan angan – angan dusta yang berada dalam hati.
Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata – senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbanginya serangan tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan syaitan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata – mata.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 2:59 PM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • August 2004
  • September 2004
  • November 2004
  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • April 2005
  • July 2005
  • December 2005
  • June 2006
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon