<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Sunday, January 30, 2005
Dunia hanya sementara 
Dunia Sementara!!!!Sungguh kerdil hamba Mu ini,Memohon keampunan kepada Mu Ilahi,Ada kalanya aku terleka,Ada kalanya aku terlena,Dek kemanisan dunia!Diri ku tersentak,Terasa diri ini hina sekali,Bilamana ku lihat Kekuasaan Mu,Bilamana ku teliti Kebesaran Mu,Bilamana ku selusuri Rahmat Mu,Bilamana ku jamah Nikmat Mu,Bilamana ku dengari Azab Mu.Amat sahih,Tidak dapat ku nafikan lagi,Bahawa dunia ini perhiasan yang ampuh,Bahawa dunia ini akan musnah,Bilamana ku lihat bencana dunia,Semakin jelas bagi ku,Dunia hanyalah pinjaman sementara,Ia tidak kekal untuk selama-lamanya!Jiwa raga ku bergetar, Jasad ku menggigil ketakutan,Diri ku menangis keinsafan,Apabila ku lihat bencana yang Kau turunkan,Akan lebih dahsyat lagi di hari Pembalasan,Makin ku fikirkan, makin bergetar seluruh tubuh ku,Hanya kepada Mu tempat ku pinta,Keampunan dan pertolongan,Ya Rabb!Gegaran bumi disulami amukkan ombak,Sungguh ganas dan mengerikan,Banyak hidupan kehilangan nyawa,Juga kehilangan ketenteraman, kesenangan dan harta benda,Kerana sudah diperingatkan,Bahawa dunia ini tidak kekal untuk selama-lamanya.Semua ini kehendak Ilahi,Mungkin sebagai Peringatan,Mungkin sebagai Pengujian,Mungkin sebagai Cubaan,Mungkin sebagai Petanda,Kepada umat seisi alam.Beruntunglah!Bagi mereka yang tahu dan mahu berfikir,Bagi mereka yang redha dengan ketentuan Nya,Tetapi amat Rugi!Bagi mereka yang masih lena dibuai keasyikan dunia.....Ingatlah dunia hanya pinjaman,Akhirat jua yang kekal selamanya!!!!!Amin...bersama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa-mangsa bencana Tsunami...Al Fatihah....

Oleh: habibah_jamilahHakcipta terpelihara: habibah_jamilah@yahoo.comTarikh: 31/12/2004 (2.30 pm)

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 5:48 PM
Tanggungjawab 
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya
> > > adalah seperti berikut:-
> > >
> > > Lelaki
> > >
> > > 1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
> > > sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung
> > > oleh bapanya.
> > >
> > > 2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa
> > > isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan
> > > dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
> > >
> > > 3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab
> > > ke atas ibunya
> > >
> > > dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya
> > > maka dosa baginya terutama
> > >
> > > anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,
> > > perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri
> > > berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak
> > > baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
> > >
> > >
> > > 4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
> > > isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.
> > > Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
> > > lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
> > > izinnya.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
> > > bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan
> > > beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti
> > > gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian
> > > nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.
> > > Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
> > > dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada
> > > keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
> > > orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
> > > perempuan. Begitulah kira-kiranya.
> > >
> > >
> > >
> > > Wanita
> > >
> > > 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
> > > lelaki.
> > >
> > > 2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
> > > mahu keluar rumah walaupun hendak ke rumah ibu dan
bapanya. tetapi tidak sebaliknya.
> > >
> > > 3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
> > >
> > > 4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
> > >
> > > 5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
> > > melahirkan anak.
> > >
> > > 6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak
> > > perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
> > >
> > >
> > > 7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
> > >
> > > 8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan
> > > nifas yg tak ada pada lelaki.
> > >
> > > Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yg mahal
> > > harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
> > > tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
> > > permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dgn seorg wanita.
> > >
> > > Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat
> > > kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
> > > Bukankah ibu adalah seorang wanita?
> > >
> > >
> > > Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
> > > itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
> > > diserahkan kepada suaminya, manakala lelakimenerima
> > > pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri
> > > dan anak-anak.
> > >
> > >
> > > Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
> > > anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
> > > haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
> > > ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
> > > kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)..
> > >
> > >
> > > Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
> > > dipertanggungjawabkan terhadap
> > >
> > > 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
> > > saudara perempuannya.
> > >
> > >
> > > Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
> > > terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
> > > suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
> > > lelakinya.
> > >
> > > Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
> > > mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4
> > > syarat shj:
> > >
> > >
> > > Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat
> > > suaminya dan menjaga kehormatannya.
> > >
> > >
> > > Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
> > > wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
> > > tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
> > > pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
> > > tanpa perlu mengangkat senjata.
> > >
> > >
> > > MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 5:39 PM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • August 2004
  • September 2004
  • November 2004
  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • April 2005
  • July 2005
  • December 2005
  • June 2006
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon