<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Wednesday, April 27, 2005
sekadar renungan 
Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apayang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Sayatidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkariapa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dankita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah inisaya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalubegitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkansebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-harikemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untukmenyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidakmudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikankekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendampinghidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yangboleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yangpaling penting wanita yang amat saya percayai untukmendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akanlahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejakdi bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapasyarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupsaya, dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusatpengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yangtelah saya pelajari. Yang paling penting buat sayaialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanitadalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendahbelum pernah bergaul secara langsung dengan seorangwanita pun dan saya amat peka terhadap laranganpergaulan antara lelaki dan wanita kerana sayabersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelakiberasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punyahati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupunpeluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-samaterpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi pentingdi tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, diamenjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kamibermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuhdan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutamastokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yangmembuatkan saya tertarik padanya. Dia amatberhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yangsentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidakpernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amatsukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanyabersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelumitu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehahyang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Sayatidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali diapunya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpadipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuatbersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bualseperti kata teman saya, tetapi dengan dia sayamenjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampumengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya,tanpa perlu berkata-kata walau sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugasterakhir yang perlu saya selesaikan sebelum sayamelepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia.Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasabertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejapitu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dandari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalamsiapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yangmemang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemaludan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertamayang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusanrasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpanperasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalahsaya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginyakembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agardia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima denganbaik dan hubungan kami berjalan lancar selama empatbulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungankami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang memintaagar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidakterlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami danbagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysiabulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami.Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercintatetapi saya tidak pernah menjangka ummi akanmenghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amatsilap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahuummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Sayatidak pernah menganggapnya sesuatu yang seriussehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan sayapada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummiyang buat saya tak mampu membalas walau sepatah. "I haven't found any entry in Islam that permit whatyou are doing right now. I haven't heard from anyonethat love before marriage is permitted. But I knowthere's no relationship between male and female exceptfor what is very important and official between them.So, may I know what kind of relationship you arehaving now and I want to hear it from your mouth thatit is legal in what you have been learning until now.""Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, afaithful one, you can never build it on what Allah hasstated as wrong and proven false by the way Rasulullahp.b.u.h has taught us. A happy and blessed family comefrom Allah, and you don't even have anything to defendit as blessed if the first step you make is bystepping into what He has prohibited. You can't have ahappy family if Allah doesn't help you so, and youmust know in every family that stands until theirdying day, they have Allah on their side. You can'texpect Him to help you if you did the wrong step fromthe very beginning." Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar.Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi sayatak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri.Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggilfitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluanmanusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andaicinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas taliperkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah sayapelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yangsaya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Sayatahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi sayatidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untukmenundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummimemberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali darikesilapan saya selama ini. Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision likethis, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia.Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, danalhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun airmatanya seakan air sungai yang tidak berhentimengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buatkami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkanhubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummimemberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodohkamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalamkeadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yangmenggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dansaya boleh bercakap kembali tentang agama saya denganlebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagisaya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabahkembali diri kami dan kami betulkan kembali segalakesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kamikejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untukmenjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia danberperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembaliketerlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allahsudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah.Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidakpernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernahlesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuksementara. Saya telah berjanji dengan diri sayasendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteritelah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalamseribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amatberharga yang pernah hadir dalam hidup saya.Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untukmenjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, sayaakan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusahasedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insanyang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakahpula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adabberjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yangditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaiba.s beribu-ribu tahun dahulu? Mafraq, Jordan.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 10:35 AM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • August 2004
  • September 2004
  • November 2004
  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • April 2005
  • July 2005
  • December 2005
  • June 2006
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon