<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Tuesday, July 12, 2005
Rahsia suruhan solat berterusan 
Rahsia suruhan solat berterusan


Di dalam solat lima waktu, ada munajat seorang hamba kepada Tuhannya. Dalam munajat itu terkandung muatan rohani yang boleh menerangkan hatinya, melapangkan jiwanya, mengangkatnya dari bumi ke langit, memasukkannya kepada Allah tanpa terhalang pintu dan meletakkannya di hadapan Tuhan tanpa hijab, sehingga hamba itu mampu berdialog dengan Tuhannya tanpa perantara.ia meresapi perkataan Allah Azza Wa Jalla : “ Aku membahagi sembahyang antara aku dan hamba Ku menjadi dua bahagian . Untuk hamba Ku apa yang ia minta. Jika hamba mengucapkan , ‘ Alhamdu lillah rabb al – ‘ alamin,’ Allah s.w.t berkata,’ Hamba Ku telah memuji Ku.’ Jika hamba mengucapkan ,’ Ar Rahman ar rahim,’ Allah berkata,’ Hamba Ku telah memuliakan Ku.’ Jika hamba mengucapkan, ‘ Malik yaum ad din,’ Allah berkata, ‘ Hambaku telah mengagungkan Ku.’ Jika hamba mengucapkan , ‘ Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’ in,’ Allah berkata, ‘ Ini adalah antara Aku dan hamba Ku, dan akan hamba Ku apa yang ia minta.’ Jika hamba mengucapkan, ‘ Ihdina ash – shirath al – mustaqim, shirath al – laziina an ‘ amta alaihi ghair al – maghdhub ‘ alaihim wa ladh – dhallin,’ Allah berkata, ‘ Ini untuk hamba Ku, dan untuk hamba Ku apa yang ia minta.”
Riwayat Muslim

Terdapat dua golongan orang yang mengerjakan sembahyang iaitu orang yang menghadirkan hati dengan penuh perhatian kepada Allah dan golongan yang hatinya lalai dan leka dengan dunia. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

“ Jika kamu sembahyang , janganlah berpaling kerana wajah Nya tertuju pada wajah hamba Nya ketika sembahyang selagi ia tidak berpaling.”

Sebagai analoginya orang yang berpalinh dalam sembahyang dengan mata dan hatinya adalah seperti orang yang dipanggil oleh sultan lalu didudukkan di hadapannya dan diajak berbicara. Pada ketika itu, orang tersebut menoleh dan berpaling ke kiri dan ke kanan. Hatinya juga berpaling dari sultan, hingga ia tidak lagi mengetahui apa yang sedang diucapkan oleh sultan. Kira – kira apa yang akan dilakukan sultan kepadanya ? Bukankah paling tidak orang akan beranjak dalam keadaan dimurkai dan jatuh darjatnya di hadapan sultan ?

Cahaya petunjuk telah kelihatan, tetapi kamu tidak melihat dan tidak memperhatikannya. Kamu hadirkan tubuhmu dalam sembahyang, namun hatimu leka. Jadilah sesukamu! Di hadapanmu ada hisab, dan goncangan.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 9:37 AM
Sembahyang yang diterima 
Sembahyang yang diterima

Sembahyang dalam Islam bukanlah sekadar ucapan – ucapan lisan dan mengerakkan anggota badan, tanpa ada perenungan akal dan kekhusyukan hati. Solat seperti ini tidak ubah seperti ayam yang mematuk – matuk sahaja atau burung yang berkicau, lalu sudah.

Ketika menghadap kiblat, orang yang sembahyang memalingkan wajahnya dari seluruh arah untuk memalingkan wajahnya dari seluruh arah untuk mengerah ke rumah Allah semata – mata. Demikianlah juga dengan hati, ia tidak boleh menuju kepada Allah kecuali dengan memutuskan hubungan dengan selain Nya.

Ketika anda bertakbir, jangan sampai hati anda membohongi lisan anda. Apabila di dalam hati anda ada sesuatu yang lebih dominan daripada Allah, bererti anda telah berbohong.

Apabila anda membaca istiazah, sedarilah bahawa anda sedang meminta perlindungan kepada Allah s.w.t.

Konsentrasikan di dalam hati ketika membaca surah Al Fatihah. Rasakan kelembutannya ketika membaca ar rahman ar rahim dan rasai keagungan Nya ketika membaca maliki yaumaddin.

Begitulah juga ketika rukuk, usahakan untuk bersikap tawaduk ( rendah hati ), dan tambahkan ketundukan ketika sujud. Ingatlah kebesaran Allah s.w.t dan akuilah keagungan Nya. Tanamkan rasa malu di hati anda kerana kekurangan yang anda lakukan dalam solat. Perlu ada perasaan bimbang sekiranya solat ini tidak diterima atau bahkan dimurkai akibat dosa lahir ataupun batin.

Dengan menghadirkan semua konsep di atas, hati akan menjadi bersih dari karat, hingga dapat menerima cahaya untuk melihat keagungan Tuhan.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 9:36 AM
Keutamaan dan kepentingan hati 
Keutamaan dan kepentingan hati
Rahsia penawar hati


Hati dinamakan qalbu kerana berubah – ubahnya :
“ Tidak dinamakan qalbu melainkan kerana berubah – ubahnya. Dan pendapat memalingkan manusia…Tahap demi tahap.”

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
“ Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah anggota tubuh seluruhnya dan jika ia rosak, maka rosaklah anggota tubuh seluruhnya : Itulah hati.”

Hati memiliki keutamaan – keutamaan, keistimewaan – keistimewaan, dan kepentingannya antara lain :

1. Hati menerima ilham Ilahi

Nas – nas syariat telah menjelaskan bahawa Allah S.W.T memperlakukan hati manusia bagaimana sahaja Dia menghendaki.sebab Allah S.W.T membatasi antara manusia dengan hatinya :

“ Dan ketahuilah sesungguhnya Allah membatasi antara seseorang dengan hambanya.”
Surah Al Anfal : 24

Allah S.W.T meneguhkan hati orang – orang yang beriman hingga mereka bersabar :

“ Dan Kami telah meneguhkan hati mereka pada waktu mereka berdiri, lalu mereka berkata, “ Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi’.”
Surah Al Kahfi : 14

Allah memasukkan dalam hati para musuh rasa ketakutan :

“ Dan Allah memasukkan rasa ketakutan dalam hati mereka.”
Surah Al Hasyr : 2

2. Hati adalah sandaran taklif

Hati merupakan pusat perhatian Allah S.W.T. Nabi s.a.w telah memberitahu :

“ Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kamu dan tidak pula kepada rupa – rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu,” sambil menunjuk dengan jari – jarinya ke dadanya yang mulia.


3. Hati yang beroleh hidayah diberi pahala yang besar

Hati yang beroleh petunjuk, di dalamnya terdapat cahaya – cahaya dan hujah – hujah yang diberikan Allah kepada hamba yang dikehendakiNya. Ilmu itu juga adalah cahaya dan ia akan memasuki hati yang bersih. Perkara yang dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Nya akan masuk dan melekat dalam hati seseorang hamba tersebut. Selain itu, terdapat juga firasat dan mimpi yang benar.

4. Dorongan hati terkadang menyelamatkan dan terkadang membinasakan

Adakalanya di dalam hati manusia terdapat tarikan yang mulia dan tarikan yang merosak. Qaswah ( hati yang keras ) antara tarikan hati yang merosak. Apabila ia berlaku pada hati seorang wanita, maka ia celaka. Nabi s.a.w memberitahu :

“ Seorang wanita dari Bani Israil masuk neraka kerana kucing miliknya yang dia ikat dan tidak memberinya makan atau membiarkannya makan dari sisa – sisa yang ada di tanah.”

Sementara dalam hati wanita lainnya ada tarikan kasih sayang. Nabi telah memberitahu :

“ Seorang wanita pelacur melihat anjing pada suatu hari yang terik, mengelilingi perigi dengan menjulur – julurkan lidahnya kerana kehausan, lalu wanita itu melepas kasutnya ( untuk diisi air ) lalu diminumkan kepada anjing itu, maka Allah mengampuninya.”

5. Hati yang baik kunci kebaikan individu dan masyarakat


Kualiti itu ada dua perkara : fizikal dan rohani. Adapun baiknya fizikal, jika hati seseorang itu baik, maka badannya akan menjadi baik pula. Sekiranya baik rohani seseorang, maka baiknya hati akan diiringi dengan melaksanakan hak – hak Allah dengan sebaiknya seperti sembahyang, menegakkan jihad dan menyebarkan dakwah. Amalan – amalan hati adalah ibadah – ibadah yang hanya dimiliki oleh kaum muslimin.


Nabi s.a.w bersabda :
“ Ada tiga perkara yang kerananya dalam hati muslim tidak ada kedengkian: ikhlas beramal kerana Allah, menasihati para pemimpin, dan sentiasa berada dalam jemaah kaum muslimin ; kerana sesungguhnya dakwah mereka itu meliputi mereka.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 9:34 AM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • August 2004
  • September 2004
  • November 2004
  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • April 2005
  • July 2005
  • December 2005
  • June 2006
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon